عام
Ahlan wa Sahlan ila FIQH AL-IBADAT
Maklumat Kursus
Kursus ini bertujuan memberi kefahaman kepada pelajar tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan Ibadat. Perbincangan kursus ini bermula dengan bab taharah yang terdiri daripada pembahagian air dan kaedah-kaedah bersuci, bab solat yang membincangkan mengenai rukun dan syarat solat, perkara-perkara yang membatalkan dan solat-solat sunat, bab puasa yang terdiri daripada pensabitan kewajipan puasa, rukun dan syarat puasa dan puasa-puasa sunat. Selain itu penekanan juga diberikan kepada isu-isu kontemporari berkaitan dengan tajuk-tajuk berkenaan.
Akhir daripada kursus ini pelajar dapat:
1) Menjelaskan hukum berkaitan fiqh ibadat menurut kerangka fiqh mazhab Shafie.
2) Menghuraikan hukum berkaitan ibadat dalam amalan kehidupan seharian.
3) Menyelesaikan isu-isu ibadat yang berlaku dalam masyarakat kontemporari menurut acuan Syarak.
- 3. Nama: Prof. Madya To' Puan Dr. Nizaita binti Omar
PTj : Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (PTj Hakiki)
Pusat Pengajian Teras (PTj Dipinjamkan)
Emel : nizaitaomar@unisza.edu.my
الطهارة والصلاة
الصيام والزكاة