Hari ini Islam adalah agama kedua terbesar di dunia. Masyarakat dunia telah  diasak oleh media massa   yang mengambarkan Islam dengan gambaran yang silap, sehingga melahirkan fenomena Islamphobia. Dalam kursus ini, anda akan didedahkan  beberapa salah faham terhadap Islam dalam dunia tanpa sempadan.

Kandungan kursus memfokuskan kepada tajuk   Islam dan  keganasan, Islam dan hukuman jenayah, Islam dan  poligami, Islam dan  fahaman Ateis

Setelah tamat mengikuti kursus ini, anda akan dapat:

  • menerangkan konsep salah faham terhadap Islam
  • menganalisis bentuk salah faham terhadap sesuatu isu dalam Islam  
  • membincangkan kaedah penyelesaian terhadap isu salah faham terhadap Islam.