Kursus Fekah Perubatan: Pengurusan Ibadah Pesakit adalah bertujuan untuk menerangkan secara ringkas isu-isu utama berkaitan dengan fekah perubatan yang sering terjadi kepada pesakit. Pengurusan Ibadah Pesakit Islam ini akan memberi tumpuan khusus kepada ibadah utama iaitu bersuci, solat dan puasa yang merupakan ibadah asas yang perlu diteruskan dalam apa jua keadaan serta memahami keadaan-keadaan yang dibenarkan ataupun diringankan kepada pesakit.

Adalah diharapkan aktiviti ini akan memberi kefahaman awal dan asas berkaitan pengurusan ibadah kepada pesakit. Semoga kita semua sentiasa memastikan ibadah kita, ahli keluarga dan pesakit yang kita uruskan dilakukan dengan cara yang betul.