Kursus ini bertujuan memberi kefahaman kepada pelajar tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan Ibadat. Perbincangan kursus ini bermula dengan bab taharah yang terdiri daripada pembahagian air dan kaedah-kaedah bersuci, bab solat yang membincangkan mengenai rukun dan syarat solat, perkara-perkara yang membatalkan dan solat-solat sunat, bab puasa yang terdiri daripada pensabitan kewajipan puasa, rukun dan syarat puasa dan puasa-puasa sunat. Selain itu penekanan juga diberikan kepada isu-isu kontemporari berkaitan dengan tajuk-tajuk berkenaan.