Kursus ini secara umumnya akan merangkumi tiga aspek utama iaitu pentadbiran hukum Islam, institusi kehakiman Islam dan institusi mufti.  Perbincangan akan meliputi perkembangan pentadbiran Islam di Malaysia; pentadbiran dan hierarki Mahkamah Syariah; konflik bidangkuasa mahkamah; peranan dan kelayakan hakim dan peguam Syari’e; serta fungsi institusi mufti dan pelaksanaan fatwa di Malaysia. Selain itu, pelajar juga akan didedahkan dengan pentadbiran harta orang Islam di Malaysia merangkumi pentadbiran harta waqaf, zakat dan wasiat.