Kursus ini mendedahkan para pelajar kepada pendekatan teori-teori kaunseling dan psikoterapi secara terperinci dari sudut sejarah, rasional serta perkembangan setiap teori yang dibincangkan. Pelajar dijangka dapat membezakan setiap pendekatan teori yang diaplikasikan serta mampu memilih teori yang sesuai untuk dipraktikkan di alam pekerjaan nanti. Oleh itu, perbincangan tertumpu kepada teori Psikoanalisis, Individu Adler, Pemusatan Klien, Gestalt, Rasional-Emotif, Tingkahlaku, Tingkahlaku Kognitif, Realiti dan Analisis Perhubungan.
- Teacher: Mohd Shahril Othman