Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang hubungan ulama dan komuniti. Tumpuan diberi kepada peranan ulama dalam komuniti yang dianggap  sebagai elemen penting mempengaruhi kestabilan dan perubahan sesuatu komuniti berkenaan. Beberapa aspek peranan ulama di negara ini akan dianalisis. Antaranya peranan dalam keagamaan dan dakwah, pendidikan, pentadbiran, pembangunan, gerakan nasionalisme dan kemerdekaan negara.