Kanser kolorektal menyumbang 14.2 peratus daripada kanser lelaki menjadikannya kanser paling biasa dalam golongan itu. Walaupun setakat ini statistik menunjukkan lelaki paling ramai menghidapi kanser usus, ia tidak bermakna penyakit itu tidak menyerang kaum wanita malah ia berada pada kedudukan ketiga paling banyak di negara ini.
Barah payudara merupakan antara barah yang paling kerap berlaku dalam kalangan wanita Malaysia, 32.1% daripada kanser dalam kalangan wanita. 
Di sini anda akan mempelajari tentang kanser, risiko-risko, faktor pencegahan dan saringan kanser.