Kursus ini mengandungi perbincangan aplikasi falak berkaitan takwim. Secara umum takwim Miladi dan takwim Hijri pramoden dibincangkan, namun kursus ini lebih memfokuskan kaedah takwim Hijri kontemporari. Perbincangan ini meliputi asas-asas fiqah, pengurusan takwim dalam konteks Malaysia serta kaedah penerbitan maklumat takwim. Untuk menunjukkan penglibatan kaedah-kaedah amali falak dalam konteks takwim Hijri, skop berkaitan keperluan peralatan dan tata cara cerapan juga menjadi sebahagian kandungan kursus.
- معلم: BAHARRUDIN ZAINAL