Sinopsis

Kursus ini membincangkan perbahasan hukum-hukum berkaitan dengan instrumen-instrumen dalam Fiqh Muamalat. Penekanan merangkumi falsafah, konsep, muamalat dan etika muamalat termasuklah hukum-hukum jual beli, khiyar, riba, salam, tempahan, qard, hiwalah, ijarah, rahn, wadiah, mudarabah, ju’alah, musyarakah, musyarakah & ijarah muntahiyah bi al-tamlik, inah dan tawarruk.